MESYUARAT AGONG TAHUNAN - ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) WISMA AHLI UDARA PANGKALAN UDARA SENDAYAN BAGI TAHUN 2023/2024

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SENDAYAN, 2 Nov 23 – Pangkalan Udara Sendayan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Ahli Udara bertempat di Auditorium Rajawali. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membuat pelantikan baru bagi YDP, TYDP, Setiausaha dan AJK - AJK yang terlibat bagi tahun 2023/2024.

Majlis Perasmian AGM WAU PUSEN 2023/2024 telah disempurnakan oleh Pegawai Penjaga Wisma Ahli Udara, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM. Agenda-agenda yang dijalankan dalam mesyuarat adalah Ucapan Alu-aluan Yang Di-Pertua WAU Kpl U Munieswaran a/l Krishnan, penambahan dan pencalonan AJK WAU yang baru, perancangan penstrukturan Pembangunan dan Organisasi Wisma, pembentangan perbelanjaan & status kewangan WAU 2023, dan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan di adakan pada tahun 2024 serta perancangan Induksi bagi ahli yang baru.

Turut hadir bersama PW U I Nor Azri bin Zakaria, Pegawai Waran Pangkalan dan PW U II Zulham Effandy bin Mat Isa, Pegawai Waran INSKEP. Peratus kehadiran adalah sebanyak 70% anggota Kpl ke bawah dalam AGM yang julung kalinya di adakan semenjak pangkalan ini beroperasi sepenuhnya.Ini telah membuktikan semangat dan komitmen ahli WAU PUSEN dalam mendokong maksud dan aspirasi sebenar mesyuarat ini diadakan.

Diharapkan semoga AJK-AJK yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas dengan baik dalam usaha menghidupkan kembali kemeriahan suasana di WAU PUSEN sepertimana di PUKL sebelum perpindahan.