MESYUARAT AGUNG TAHUNANWISMA PERWIRA PANGKALAN UDARA KUCHING BAGI TAHUN 2025/2026

DSC 0005 DSC 0006 DSC 0022
DSC 0034 DSC 0040 DSC 0053

 

KUCHING, 10 Mac 25 – Wisma Perwira Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bertempat di Dewan Baram, Wisma Perwira PU Kuching. Tujuan AGM ini diadakan adalah untuk membuat pelantikan baharu bagi jawatan YDP Wisma, Setiausaha, Bendahari serta AJK - AJK lain yang terlibat bagi tahun 2025/2026.

Antara agenda yang telah dilaksanakan semasa AGM adalah ucapan alu-aluan daripada Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM selaku YDP Wisma Perwira, menyemak, meluluskan, dan membentangkan isu berbangkit bagi Minit Mesyuarat yang lepas, pembentangan Aktiviti Tahunan Wisma bagi tahun 2025 serta implikasi kewangan yang terlibat, pembubaran AJK 2024/2025 serta perlantikan AJK baru bagi tahun 2025/2026.

Sebelum mengakhiri mesyuarat, Komander Pangkalan PU Kuching Kol Yusrizal bin Zain TUDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK Wisma tahun 2024/2025 diatas kesungguhan serta komitmen yang tinggi telah ditunjukkan dalam menjayakan aktiviti Wisma Perwira PU Kuching sepanjang tahun 2024. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan AJK Wisma yang baharu diatas perlantikan serta kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli Wisma. Diharapkan agar kesemua AJK Wisma yang dilantik dapat menjalankan tugas, tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan dengan baik dan ikhlas.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer