TAKLIMAT PROGRAM WORK BASED LEARNING 2.0 DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 11 Mac 2025 – Bersempena dengan Jelajah Pangkalan TUDM oleh Seksyen Penyelidikan, Markas Tentera Udara (MTU) - Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mengadakan sesi taklimat bagi Program Work Based Learning 2.0 (WBL 2.0) bertempat di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong Kedak. Taklimat ini yang merupakan initiatif jelajah MTU - BSM untuk menyampaikan maklumat terperinci tentang WBL 2.0 kepada semua peringkat TUDM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM, PS2 Penyelidikan MTU-BSM yang dihadiri seramai 36 Pegawai dan 298 anggota PU GK.

Program WBL 2.0 ini merupakan program yang diaspirasikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bagi mengiktiraf pegawai dan anggota LLP ATM secara pensijilan akademik melalui kerjasama strategik di antara ATM dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini menyasarkan anggota LLP sebagai peluang untuk mendapatkan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi yang dinilai dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kolaborasi bersama universiti yang dipilih.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran anggota dengan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi bagi mendapatkan kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan kelak. Selain itu, meningkatkan kemahiran kognitif, fungsi kerja, personel, etika dan profesional serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini juga untuk meningkatkan kelulusan akademik menerusi pemetaan pengalaman kerjaya dengan menukarkan pengalaman ketenteraan kepada jam kredit akademik.

Diharapkan agar taklimat ini dapat memberi pendedahan kepada semua peringkat anggota Pangkalan berkenaan program yang ditawarkan seterusnya dapat meningkatkan tahap akademik masing-masing demi menjamin masa hadapan selepas bersara sebagai kerjaya kedua.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer