![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 10 Mac 2025 - Seramai 20 pegawai, 195 anggota LLP, 20 kakitangan tadbir awam dan 20 ahli BAKAT telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa Peringkat PU Butterworth bersama Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM bagi tahun 1446H/2025M.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan penyampaian Sumbangan Tabung BAKAT Udara kepada 16 penerima Sumbangan Anak Kelainan Kurang Upaya (OKU) bagi BAKAT Pangkalan Udara Butterworth 2025. Penyampaian sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan pucuk pimpinan TUDM kepada warga udara yang ditimpa dengan ujian kesihatan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan tazkirah ringkas ramadan bertajuk “Badar al-Kubra” yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Samad bin Abdul Rahman, Penolong Eksekutif Wakaf MAINPP Bahagian Komunikasi Strategik (Dakwah Am) sementara menunggu waktu Maghrib. Sebaik azan berkumandang, warga pangkalan menikmati juadah ringan diikuti dengan solat berjemaah dan jamuan makan. Komander Pangkalan dan warga pangkalan kemudiannya bersama-sama menunaikan solat fardu Isyak, solat sunat tarawih dan jamuan moreh. Komander Pangkalan dan isteri turut menyantuni dan beramah mesra bersama warga pangkalan sebelum beredar pulang.
Turut sama hadir ke majlis ini adalah Abdul Mohsein bin Mohd Sharif (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP) serta beberapa kakitangan daripada agensi Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sempena Program Jalinan Kasih Ramadan Wakaf MAINPP bersama warga PU Butterworth. Kaunter Wakaf juga dibuka sepanjang majlis berbuka puasa tersebut bagi menyemarakkan ruh berwakaf di kalangan warga PU Butterworth.