KUANTAN, 1 April 23 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2023 bertempat di Dewan Seri Angkasa.
Ketibaan Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Pengerusi BAKAT Udara Pangkalan, Puan Zaity Junaidi binti Mohd Zaki telah disambut oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM dan isteri, Puan Faesneza binti Mohd Zain.
Komander Pangkalan dalam ucapan perasmian, beliau amat berbangga serta menzahirkan ucapan selamat datang kepada ahli baru yang menjadi warga Pangkalan Udara Kuantan. Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga dengan penglibatan isteri-isteri Pegawai dan anggota dalam menjayakan setiap aktiviti dan perancangan BAKAT Udara Pangkalan pada tahun 2022. Beliau turut berharap agar aktiviti yang dirancang bagi tahun 2023 dapat dilaksanakan bersifat santai dan fokus supaya dapat beramah mesra antara satu sama lain, ujarnya.
Antara agenda dalam mesyuarat kali ini, pembentangan aktiviti BAKAT Udara tahun 2022, pembentangan laporan kewangan tahun 2022/2023, perancangan aktiviti BAKAT Udara tahun 2023 dan pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa 2022 serta pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023.
Diakhir mesyuarat, diadakan penyerahan sijil penghargaan kepada Ketua-ketua Biro sebagai tanda terima kasih atas sumbangan yang diberikan sepanjang tahun 2022.