BANTING, 1 Apr 23 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara Pangkalan Udara Jugra telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2023 bertempat di Dewan Wisma Ahli Udara PU Jugra. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Zainun binti Zaimudin selaku Pengerusi BAKAT Udara PU Jugra dan telah dihadiri oleh ahli BAKAT Udara PU Jugra terdiri daripada Markas Rejimen TUDM, Pangkalan Udara Jugra dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU).
Mesyuarat yang dirasmikan oleh YBhg Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM diiringi oleh Pegawai Memerintah PASKAU, Lt Kol Rahmad bin Lasman TUDM dan Komander Pangkalan, Mej Nor Isman bin Idris TUDM.
Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat ini adalah pembubaran AJK 2022 dan perlantikan AJK baru bagi tahun 2023, Pembentangan Kewangan serta perancangan aktiviti tahunan BAKAT Udara PU Jugra bagi tahun 2023.
Sebelum mengakhiri Mesyuarat ini, Pengerusi BAKAT Udara PU Jugra mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua-ketua BIRO dan barisan AJK tahun 2022 yang telah memberi sokongan dan kerjasama menjayakan aktiviti BAKAT Udara PU Jugra sepanjang tahun 2022. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua-ketua BIRO dan barisan AJK tahun 2023 atas perlantikan dan kepercayaan yang diberikan bagi meneruskan kegemilangan BAKAT Udara PU Jugra serta menyeru agar Ketua-ketua Biro dan barisan AJK tahun 2023 dapat menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan baik dan ikhlas.