SENDAYAN, 3 Apr 21 – BAKAT Pangkalan Udara Sendayan telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2021 yang dipegerusikan oleh isteri kepada Komander Pangkalan iaitu Puan Hjh Radziah binti Ismail selaku Pengerusi BAKAT pangkalan bertempat di Auditorium Rajawali, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).
Sebelum memulakan mesyuarat, di dalam ucapan Pengerusi BAKAT telah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama serta sokongan semua ahli BAKAT dalam menjayakan mesyuarat pada tahun 2021. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran ahli BAKAT yang baru dibawah PU Sendayan terdiri daripada ahli BAKAT MPPLU, Institut Pengajian dan Pengurusan (INSTAR), Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP) dan Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK). Pengerusi BAKAT telah menyatakan hasrat beliau agar segala aktiviti yang dirancang diharapkan akan mendapat sokongan yang jitu dari semua Ahli BAKAT pangkalan. Sebelum mesyuarat dimulakan, satu majlis penyerahan sijil penghargaan kepada AJK BAKAT tahun 2020 telah dilaksanakan.
Acara diteruskan dengan agenda mesyuarat dan perlantikan barisan Ketua Biro, AJK serta pemilihan AJKK bagi tahun 2021. Terdapat peningkatan ahli BAKAT yang sukarela untuk menjadi AJKK pada tahun ini.