MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT INSTITUT LATIHAN PENGURUSAN MATERIEL (INSMAT) TUDM KINRARA

WhatsApp Image 2022 05 14 at 60843 PM WhatsApp Image 2022 05 14 at 60844 PM WhatsApp Image 2022 05 14 at 60847 PM
WhatsApp Image 2022 05 14 at 62422 PM WhatsApp Image 2022 05 14 at 62422 PM 1 WhatsApp Image 2022 05 14 at 62423 PM

 

KINRARA, 14 Mei 22 - Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah diadakan bertempat di Auditorium INSMAT dan telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM. Turut hadir ialah eksekutif-eksekutif INSMAT bagi meraikan kehadiran ahli-ahli BAKAT ke majlis perasmian tersebut. Pegawai Memerintah dengan diiringi Pengerusi BAKAT turut mengambil peluang menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada ahli jawatankuasa BAKAT yang telah bertukar keluar.

Selesai perasmian, majlis diteruskan dengan sesi mesyuarat agung yang dipengerusikan oleh Puan Hanisah binti Mohammad selaku Pengerusi BAKAT INSMAT. Mesyuarat pada kali ini turut membincangkan pelantikan Ketua-ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Tahun 2022, Pembentangan Laporan Kewangan 2021 sehingga Mac 2022 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2022 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.

Tahniah di atas pelantikan Ketua-ketua Biro, AJK dan AJKK yang baru bagi sesi 2022/23 dan semoga BAKAT INSMAT dapat terus menjalankan fungsi dan berperanan khususnya di dalam menjaga kebajikan ahli dan keluarga warga TUDM khususnya.