KUCHING, 14 Mei 22 - Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara Pangkalan Udara Kuching telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Skuadron 330 dan dihadiri seramai 260 ahli BAKAT Udara PU Kuching.
Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM, telah merasmikan mesyuarat agung tersebut. Turut hadir ialah Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Khir Allauddin bin Ahmad Basari TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan yang bernaung di bawah pemerintahan PU Kuching.
Di majlis sama, Komander Pangkalan turut menyampaikan Sijil Penghargaan BAKAT dan cenderahati kepada Ketua-ketua Biro dan AJK yang telah memberikan komitmen serta mengharumkan nama BAKAT Pangkalan Udara Kuching bagi sesi 2021/22. Aktiviti Suai Kenal ahli BAKAT baharu turut dilaksanakan bagi meraikan kedatangan mereka dan memberikan pendedahan berkenaan objektif penubuhan Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).
Selesai perasmian, mesyuarat agung tahun ini telah dipengerusikan oleh Puan Zubaidah binti Zahri selaku Pengerusi BAKAT Udara PU Kuching.
Mesyuarat pada kali ini turut membincangkan pelantikan Ketua-ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Tahun 2022/23, Pembentangan Laporan Kewangan 2021 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2022.
Tahniah di atas pelantikan Ketua-ketua Biro, AJK dan AJKK yang baru bagi sesi 2022/23 dan semoga BAKAT Udara PU Kuching dapat terus menjalankan fungsi dan berperanan khususnya di dalam menjaga kebajikan ahli dan keluarga warga TUDM khususnya.