MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2022 PU KUANTAN

DSC 7327 DSC 7345 DSC 7357
DSC 7387 DSC 7411 DSC 7418

 

KUANTAN, 14 Mei 22 - BAKAT PU Kuantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 bertempat di Dewan Sri Angkasa PU Kuantan. Turut hadir Komander Pangkalan YBhg Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan isteri Puan Zaity Junaida binti Mohd Zaki selaku Pengerusi BAKAT PU Kuantan, Ketua-ketua Biro BAKAT PU Kuantan serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Komander Pangkalan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT PU Kuantan bagi tahun 2022.

DSC 7431 DSC 7435 DSC 7442
DSC 7456 DSC 7478 DSC 7482

 

Objektif Utama Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan aktivit-aktiviti Ketua Biro dan pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2021. Disamping itu, mesyuarat ini juga bertujuan melantik ahli jawatankuasa BAKAT yang baru dan pembubaran ahli jawatankuasa lama serta perancangan aktiviti-aktiviti BAKAT bagi tahun 2022.

Diakhir majlis, turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Sesi 2021 dan Penyerahan Sumbangan kepada isteri yang melahirkan anak pertama tahun 2022.