KUANTAN, 13 Mei 22 - Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan latihan menembak senjata Colt M4 Carbaine siri 1/22 bagi Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat di Lapang Sasar Riffle Markas Briged Tenggara Pasukan Gerakan AM (PGA) Kem Bukit Galing.
Objektif latihan ini diadakan bagi memberi pendedahan, keyakinan dan menguji kecekapan serta kemahiran kepada pegawai dan anggota di dalam mengendalikan senjata rifle, memupuk semangat bersaing dalam meningkatkan kecekapan dan kemahiran menembak, memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan persefahaman dalam kalangan pegawai dan anggota dan dapat menilai anggota dalam aspek pengendalian senjata serta melatih pegawai dan anggota untuk membuat tembakan yang tepat ke sasaran.
Turut hadir latihan menembak pada kali ini Ybhg Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM Pegawai Eksekutif Pangkalan, ACP Hakemal bin Hawari Timbalan Komander Briged Tenggara PGA serta Ketua-ketua Cawangan PU Kuantan.