KUANTAN, 20 Apr 22 – Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Mesyuarat Agong Tahunan Wisma Bintara bagi Tahun 2022 yang didakan di Dewan Sri Angkasa, PU Kuantan.
Mesyuarat Agong kali ini dimulakan dengan ucapan President of Mess Committee, PW U I Yusoff bin Ali. Seterusnya, Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Wisma Bintara dan membubarkan barisan Ahli Jawatankuasa Wisma yang lepas. Agenda diteruskan dengan acara serah terima tugas Chairman of Mess Committee antara PW U I Safiee bin Mohamed dan PW U I Norhisham bin Abidin dan pelantikan Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara yang baru.
Mesyuarat diteruskan pembentangan kewangan sepanjang tahun 2021 dan meluluskan minit mesyuarat serta membincangkan perkara-perkara berbangkit.