MAJLIS PENYERAHAN SIJIL APPROVED MAINTENANCE ORGANISATION KEPADA CAWANGAN KEJURUTERAAN DAN SKUADRON PENERBANGAN

DSC 5280 DSC 5288 DSC 5296
DSC 5301 DSC 5305 DSC 5315

 

KUANTAN, 20 Apr 22 – Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness, Brig Jen Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Approved Maintenance Organisation (AMO) kepada Cawangan Kejuruteraan dan Skuadron Penerbangan iaitu No 10 Skuadron dan PULATIBANG III bertempat di Bilik VIP 1, Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuantan.

Ketibaan KP DGTA disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan beliau menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Kuarter.

DSC 5320 DSC 5322 DSC 5334
DSC 5337 DSC 5339 DSC 5360

 

Cawangan Kejuruteraan diwakili oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Mohd Rosli bin Sajidon TUDM, No 10 Suadron diwakili Ketua Flait Kejuruteraan, Lt Kol Ir Mahadhir bin A. Rahman TUDM manakala PULATIBANG III diwakili Mej Muhammad Faiser bin Mat Ali selaku Ketua Flait Kejuruteraan.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Pengarah AAMR DGTA, Kol Ruszali bin Zakaria TUDM serta Pegawai Kejuruteraan.