KUANTAN, 18 Apr 22 – Ketua Pengarah Sekretariat MTU, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM selaku Trade Master Kawalan Lalulintas Udara (KLLU) telah menyempurnakan upacara penutup kursus dan pemakaian lencana ketukangan Pegawai Pengurusan Ruang Angkasa (PPR) bagi Kursus Basic Air Traffic Control (BATCO) Siri 41/21 dan Siri 42/21 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA). Majlis turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM.
Kursus Basic Air Traffic Control (BATCO) Siri 41/21 terdiri dari 11 peserta kursus berpangkat Lt TUDM dan Lt M TUDM dan semua peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus. Peserta Terbaik Teori Siri 41/21 disandang oleh Lt M Muhammad Hakimi bin Zamri TUDM manakala Peserta Terbaik Amali dan keseluruhan kursus BATCO 41/21 disandang oleh Lt M Nur Nafisa binti Mohd Rizal TUDM.
Kursus Basic Air Traffic Control (BATCO) Siri 42/21 terdiri dari 10 peserta kursus berpangkat Lt M TUDM dan kesemua peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus. Peserta Terbaik Teori Siri 42/21 disandang oleh Lt M Muhammad Syahmi bin Shafreezal TUDM manakala Peserta Terbaik Amali Siri 42/21 disandang oleh Lt M Mohamad Faiz bin Azudin TUDM dan Lt M Muhammad Lukman Hakim bin Zaini TUDM. Penuntut terbaik keseluruhan kursus BATCO 42/21 disandang oleh Lt M Mohamad Faiz bin Azudin TUDM.