PUTRAJAYA, 31 Okt 23 - Seramai 30 peserta Kursus Sekuriti Risik Balas TUDM Siri 1/23 terdiri daripada pegawai dan anggota telah melaksanakan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sebagai salah satu pengisian kursus.
Dalam lawatan tersebut, para peserta telah menerima sesi taklimat daripada Ps Maharidzwan Mahadzir berkenaan fungsi dan peranan SPRM. Beliau juga turut berkongsikan maklumat berkaitan kesalahan rasuah dan pelaksanaan tugas Bahagian Perisikan SPRM.
Terdahulu, para peserta kursus telah dibawa melawat ke sekitar fasiliti bangunan Ibu Pejabat SPRM dan konti MACC.fm.
Pihak TUDM ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan SPRM diatas kesudian menerima lawatan peserta kursus ini. Semoga input yang dikongsikan sepanjang lawatan ke SPRM ini dapat memberikan idea dan ilmu baru kepada para peserta kursus dalam melaksanakan tugasan harian sebagai Risik Balas TUDM.