![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 2 Jan 25 – AKS Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Projek Udara yang diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara, hari ini.
Majlis serah terima tugas ini menyaksikan Lt Kol Ahmad Azizi bin A.Aziz TUDM selaku Pemangku Pengarah Projek Udara telah menyerahkan tugas sebagai Pengarah Projek Udara kepada Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM.
AKS P&P serta seluruh warga MTU-P&P mengucapkan sekalung tahniah kepada Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Projek Udara yang baharu.