SUBANG, 6 JANUARI 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Cawangan Bantuan Belanjawan (PS 1 CBB) A4 MPOU telah berlangsung antara Lt Kol Nor Azhan bin Junaitee TUDM dengan Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM yang disaksikan oleh Pengarah A4 MPOU, Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM. Majlis ini berlangsung di Pejabat A4 MPOU dan dihadiri pegawai-pegawai dan anggota A4 MPOU.
Seluruh warga A4 MPOU mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Nor Azhan bin Junaitee TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan PS 1 CBB dan tahniah diucapkan kepada Lt Kol Salehudin bin Azam TUDM yang diamanahkan sebagai PS 1 CBB yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.