MAJLIS APRESIASI TABIKA KEMAS TUDM SRI BAYU

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 2 Jan 25 - Tabika Kemas TUDM Sri Bayu telah menganjurkan Hari Apresiasi kepada murid-murid sempena sesi akhir persekolahan bagi Tahun 2024. Majlis ini diadakan bagi memberi sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua murid diatas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi persekolahan tersebut.

Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disempurnakan oleh YBhg Puan Nora binti Abdul Malik, Penyelia Kanan Daerah diiringi oleh YBhg Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mohd Said TUDM, Pengerusi Tabika. Majlis ini diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan ringan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan selamat menempuh alam persekolahan kepada anak-anak yang berumur 7 tahun.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer