MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK BAGI TAHUN 2024

WhatsApp Image 2025 01 13 at 085741 WhatsApp Image 2025 01 13 at 085742 WhatsApp Image 2025 01 13 at 085743
WhatsApp Image 2025 01 13 at 085743 1 WhatsApp Image 2025 01 13 at 085744 WhatsApp Image 2025 01 13 at 085744 1
WhatsApp Image 2025 01 13 at 085745 WhatsApp Image 2025 01 13 at 085745 1  

 

BESUT, 3 Jan 25 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Penutup Karnival Sukan bagi tahun 2024 yang dilaksanakan di Kompleks Sukan SMK Nasiruddin Shah, Besut.

Acara balapan menjadi acara akhir bagi Karnival Sukan PU GK bagi tahun 2024. Antara acara yang dipertandingkan adalah 100m dan 400m bagi kategori lelaki, wanita dan veteran, 200m bagi kategori lelaki dan wanita serta acara 800m lelaki terbuka. Acara lompat jauh dan lompat tinggi bagi kategori lelaki dan veteran serta lontar peluru bagi kategori lelaki, wanita dan veteran turut dipertandingkan. Di kemuncak acara, majlis dimeriahkan lagi dengan acara 4x400m Campuran, 4x100m Fun Run BMI dan 100m Exekutif.

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM. Beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada anggota-anggota terpilih bagi mewakili PU GK sera pencapaian sukan mereka di peringkat luar pangkalan. Selain itu, tahniah diucapkan kepada No 12 Skn telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi tahun 2024.

Komander Pangkalan telah menyempurnakan majlis tersebut dengan merasmikan Penutup Karnival Sukan PU GK bagi tahun 2024. Mengakhiri ucapan, Komander Pangkalan mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan menzahirkan rasa bangga beliau dengan sikap kerjasama dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua warga pangkalan. Beliau juga turut mengingatkan semua warga pangkalan untuk terus aktif dan memastikan taraf kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjayakan majlis pada kali ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer