SUBANG, 6 Jan 25 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Materiel yang diadakan di Cabang Pergerakan Udara PU Subang.
Serah terima tugas itu menyaksikan Mej Md Hisysam bin Jokiram TUDM telah menyerahkan tugas selaku Ketua Cawangan Materiel kepada Lt Kol Zamri bin Taib@Mat Arif TUDM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mej Md Hisysam bin Jokiram TUDM di atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Materiel. Sekalung ucapan Tahniah juga kepada Lt Kol Zamri bin Taib@Mat Arif TUDM yang telah diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Cawangan Materiel PU Subang yang baharu.