KUANTAN, 6 Jan 25 – Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menyampaikan amanat tahun baharu 2025 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.
Majlis ini julung kali diadakan untuk menzahirkan ucapan terima kasih di atas jasa dan usaha seluruh warga INSPRA di dalam pencapaian tahun 2024 sehingga INSPRA dinobatkan sebagai Training Institute of The Year. Di samping itu, majlis ini diadakan juga untuk memberi amanat mengenai hala tuju INSPRA di tahun 2025.
Fokus utama INSPRA pada tahun 2025 adalah dengan memberi penekanan terhadap peningkatan mutu latihan serta disiplin dan pemerkasaan tahap kecekapan jurulatih sejajar dengan keperluan operasi semasa TUDM.
Dengan berlandaskan amanat yang diberikan, semoga seluruh warga INSPRA dapat mengekalkan momentum, meningkatkan prestasi dan menyesuaikan diri serta terus bersama-sama memajukan institusi ini di peringkat TUDM.