SUBANG, 6 Jan 25 - Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Staf Khidmat, Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan pelantikan Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM sebagai Ketua Staf Khidmat, Markas Pemerintahan Bantuan Udara yang baharu.
Dalam kunjungan hormat berkenaan, Komander Pangkalan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Brig Jen Norizan binti Wahab TUDM di atas pelantikan sebagai Ketua Staf Khidmat MPBU.