SENDAYAN, 20 Okt 22 – Warga INSTAR telah berpeluang mengikuti aktiviti tali tinggi anjuran Sekolah Jasmani dan Sukan (SJS) INSTAR bersama penuntut Kursus Tali Tinggi Tahap III Siri 1/22 yang berlangsung di Menara Tali Tinggi Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU).
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kecergasan fizikal serta mental warga INSTAR. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini juga adalah untuk memberi peluang kepada para Jurulatih Jasmani yang telah menghadiri Kursus Tali Tinggi Tahap III Siri 1/22 untuk mendapatkan jumlah jam sebagai Jurulatih Tali Tinggi seterusnya melayakkan mereka diiktiraf sebagai Jurulatih Rekreasi Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Antara aktiviti tali tinggi yang dilaksanakan adalah abseiling, zip line dan wall climbing. Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM turut melapangkan masa hadir dan sama-sama mengikuti aktiviti ini selain para pegawai dan staf INSTAR.