KARNIVAL SUKAN MODEN DAN KLASIK CAWANGAN TADBIR PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

 

BUTTERWORTH, 1 Ogos 2025 - Cawangan Tadbir, Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan karnival sukan moden dan klasik iaitu sukan tarik tali, tarik daun pelepah, boling buah kelapa, musang berjangggut, futsal corong dan buta kaler. Pertandingan tarik tali khas wanita turut diadakan julung kalinya bagi memeriahkan karnival sukan ini. Sukan ini telah dilaksanakan di Perkarangan Cawangan Tadbir, PU Butterworth yang disertai oleh Pegawai, anggota LLP dan staf awam yang dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu Sukhoi, Hornet, Hawk dan Nuri.

Acara pada pagi ini dimulakan dengan aktiviti zumba dan seterusnya ucapan oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM. Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian sukan pada pagi ini yang bertemakan bebas terbang mengapai impian dengan melepaskan tiga ekor burung merbok.

Pada akhir majlis, Lt Kol Mohd Noor Hafiz telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kumpulan dan seterusnya acara cabutan bertuah. Turut diadakan majlis jamuan ringan setelah selesai sukan.

Antara objektif program adalah selaras dengan salah satu daripada enam tonggak yang telah digariskan oleh Panglima Tentera Udara ke 21 yang diaspirasikan oleh beliau, iaitu membentuk anggota yang sihat, cergas dan berdisplin. Anggota Cawangan Tadbir positif menyahut cabaran tonggak tersebut lantas dengan penganjuran sukan tersebut sebagai pemangkin kejayaan tonggak yang ditetapkan. Penganjuran sukan ini adalah salah satu usaha yang sangat baik dalam mengekalkan warisan budaya sambil menerapkan elemen kecergasan dan rekreasi yang sihat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN