KUANTAN, 6 DIS 23 - Ketua Pengarah Directorate General Technical Airworthiness (DGTA), Brig Jen Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Approved Maintenance Training Organisation kepada Sekolah Sistem Pesawat EC 725 AP bertempat di Auditorium No 10 Skuadron, pagi ini.
Brig Jen Ir Nordin dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada training manager serta jurulatih-jurulatih Sekolah Sistem Pesawat EC 725 AP No 10 Skuadron atas kejayaan mendapatkan pensijilan semula Approved Maintenance Training Organisation (AMTO) bagi aktiviti latihan senggaraan pesawat EC 725 AP.
Sebagai organisasi yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk melaksanakan aktiviti latihan senggaraan berkaitan state registered aircraft, adalah menjadi kewajipan kepada setiap penerima AMTO untuk terus mematuhi regulasi Technical Airworthiness Management Manual ujarnya lagi.
Turut serta dalam majlis ini, Pengarah TAQR DGTA, Kol Marzuki bin Ramli TUDM; Pegawai Eksekutif No 10 Skuadron, Mej Ahmad Farhan bin Ahmad TUDM dan Ketua Flait Kejuruteraan No 10 Skuadron, Lt Kol Azizul bin Kamaruzzaman TUDM.