LATIHAN KECEMASAN AERODROME EMERGENCY EXERCISE (AEE) ANJURAN LAPANGAN TERBANG SULTAN AHMAD SHAH (LTSAS)

DSC 0055 DSC 0059 DSC 0071
DSC 0111 DSC 0130 DSC 0140
DSC 0150 DSC 0152 DSC 0170

 

KUANTAN, 7 Dis 23 – Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) telah mengadakan Latihan Aerodrome Emergency Exercise (AEE) dengan kerjasama pelbagai unit daripada Pangkalan Udara Kuantan iaitu Cawangan Bomba, Cawangan Operasi, Skn 213 HANDAU dan 815 RSAT.

Selain itu, agensi-agensi di sekitar Kuantan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Taman Tas, MKN Negeri Pahang, AeroDarat Service Sdn Bhd (ADS ), PDRM, Hospital Sultanah Ampuan Afzan (HTAA) dan Pelajar dari SMK Padang Garuda turut terlibat bagi menjayakan latihan yang dilaksanakan di Tapak Latihan Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.

DSC 0171 DSC 0174 DSC 0179
DSC 0194 DSC 0213 DSC 0219
DSC 0238 DSC 0243 DSC 0351

 

Program ini diadakan bertujuan melatih kesiapsiagaan anggota sekiranya menghadapi kejadian melibatkan pesawat tentera dan komersial di kawasan Lapangan Terbang. Ia juga bertujuan memastikan pasukan penyelamat, unit-unit dan agensi- agensi luar yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan lebih efisyen dimasa akan datang.

Latihan ini terbahagi kepada beberapa peringkat yang melibatkan semua anggota dari first responder team PU Kuantan dan agensi luar yang berkaitan dalam melaksanakan tugas-tugas menyelamat sekiranya berlaku kecemasan di kawasan Lapangan Terbang. Tugas-tugas menyelamat mangsa di laksanakan mengikut tahap kecederaan mangsa yang dialami. Perlaksanaan latihan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama semua agensi.

DSC 0363

Program kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan dari setiap agensi yang memainkan peranan masing-masing dan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. Di akhir latihan turut diadakan acara bergambar bagi semua pasukan yang terlibat sebagai kenang-kenangan.