LAWATAN TIMBALAN KS MPOU KE ATAS PANGKALAN UDARA LABUAN BAGI PELAKSANAAN PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN PROJEK-PROJEK TAHUN 2023 DI PANGKALAN-PANGKALAN DI BAWAH SUB-AKTIVITI OPERASI

IMG 20231206 WA0070 IMG 20231206 WA0050 IMG 20231206 WA0047
IMG 20231206 WA0048 IMG 20231206 WA0053 IMG 20231206 WA0071

 

LABUAN 5 Dis 2023 – Timbalan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM bersama Tim Pemantauan dan Pemeriksaan Projek-Projek Tahun 2023, LT Kol Nor Azahan bin Junaitee TUDM dan Mej Khairil Anuar bin Haji Sabtu TUDM iaitu A1 MAWILUD 2, telah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan projek-projek di Pangkalan Udara Labuan (MADANI PLUS) yang bertujuan bagi mendapatkan maklumat lengkap perkembangan terkini kemajuan projek-projek yang telah dilaksanakan.

Ketibaan Timbalan KS MPOU bersama delegasi telah disambut oleh pegawai-pegawai eksekutif pangkalan. Acara diteruskan dengan sesi taklimat oleh Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM di Bilik Mesyuarat Pangkalan berkenaan pengoperasian, pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh pangkalan. Selesai taklimat, Timbalan KS MPOU dan delegasi membuat lawatan ke sekitar tapak projek di PU Labuan dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera Ganggarak bagi melihat perkembangan semasa kerja yang telah siap dilaksanakan.

Komitmen ini adalah inisiatif Kementerian Pertahanan bagi menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa bagi warga TUDM secara Amnya dan ATM Khasnya dalam Peningkatan Kesiagaan Keupayaan Pertahanan Dalam Melindungi Kepentingan dan Teras 3, iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer