KINRARA, 20 Apr 2022 – Majlis Penyerahan Beg Raya kepada petugas-petugas pada Hari Raya Pertama Aidilfitri telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM bertempat di Auditorium, INSMAT.
Penyerahan beg raya ini adalah sebagai penghargaaan kepada anggota yang akan bertugas pada 1 Syawal tahun ini. Dalam pada itu, Pegawai Memerintah turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga INSMAT serta memberi peringatan kepada yang pulang beraya supaya berhati-hati di jalan raya dan mendoakan keselamatan tidak kira dimana jua berada.