LABUAN, 20 Dis 23 – Majlis Penganugerahan Sijil Approved Maintenance Organization (AMO) kepada Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Labuan daripada DGTA telah dilaksanakan di Bilik Membidai 3 Pangkalan Udara Labuan.
Penyerahan sijil ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM. Majlis ini juga turut dihadiri oleh PS 1 JMR, Lt Kol Dr. Ismail bin Yusof TUDM; AKS A4 MAWILUD 2; Lt Kol Shahiful Akmar bin Abdul Karim TUDM; Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Rosli bin Hashim TUDM dan Ketua Cawangan Kejuruteraan; Lt Kol Robert Edward Ngayong TUDM.
Ketua Pengarah DGTA dalam ucapannya menyatakan penyerahan sijil AMO ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja senggaraan yang dilakukan oleh warga Kejuruteraan.