KUANTAN, 29 Dis 23 – Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Material Pangkalan Udara Kuantan bertempat di Bilik VIP 1, Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Dalam majlis bersejarah ini, Lt Kol Hail Amir bin Ramli TUDM telah menyerahkan tugas Ketua Cawangan Material kepada Lt Kol Mohd Syahrul bin Eshahan TUDM disaksikan oleh Komander Pangkalan.
Seluruh warga pangkalan mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Hail Amir bin Ramli TUDM atas khidmat semasa memacu Cawangan Material sepanjang 2022 hingga 2023 serta selamat bertugas kepada Ketua Cawangan Material yang baru, Lt Kol Mohd Syahrul bin Eshahan TUDM.