LATIHAN PRE- ACCIDENT PLAN (PAP) OFF BASE BAGI TAHUN 2023

IMG 20231221 WA0023 IMG 20231221 WA0024 IMG 20231221 WA0043
IMG 20231221 WA0044 IMG 20231221 WA0045 IMG 20231221 WA0046

 

LABUAN, 20 Dis 23 – Pangkalan Udara Labuan di bawah kelolaan Pegawai Keselamatan Pangkalan iaitu Mej Nurrul Nisha binti Maanor TUDM serta Base Safety Committee telah berjaya melaksanakan latihan Pre- Accident Plan (PAP) Off Base bagi tahun 2023 bertempat di Padang Kolej Matrikulasi Labuan. Latihan pada kali ini melibatkan pesawat helikopter EC 725 daripada No 5 Skn, Skn 216 HANDAU, 816 RSAT, Cawangan Bomba dan Cawangan Operasi serta unit-unit bantuan yang terlibat.

Sepanjang latihan ini berlangsung, setiap unit penyelamat TUDM akan dinilai oleh penilai yang telah dilantik bagi memastikan mereka mengikut senarai semak PAP Pangkalan Udara Labuan yang telah ditetapkan.

Latihan ini juga turut melibatkan agensi-agensi kerajaan di WP Labuan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kecemasan dari Hospital Labuan serta Kolej Matrikulasi Labuan.

IMG 20231221 WA0047 IMG 20231221 WA0048 IMG 20231221 WA0050
IMG 20231221 WA0051 IMG 20231221 WA0052 IMG 20231221 WA0054

 

Objektif utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menilai keberkesanan, menyemak semula dan mengemaskini Plan PAP Off Base sedia ada serta koordinasi bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Senario pada kali ini melibatkan pesawat EC 725 bersama empat (4) anakapal dan tiga (3) juruteknik tugasan membawa ordnan dari Pulau Layang-Layang. Pesawat telah mengalami kebakaran kedua-dua enjin semasa perjalanan pulang dari Pulau Layang-Layang dan juruterbang telah membuat MAYDAY CALL dan pendaratan cemas telah dilaksanakan. Impak dari pendaratan tersebut telah menyebabkan anakapal dan penumpang mengalami kecederaan yang parah.

Lt Kol Rosli bin Hashim TUDM selaku Pemangku Komander Pangkalan juga turut hadir bagi menyaksikan latihan yang dilaksanakan dan telah menyampaikan cenderahati kepada semua agensi yang terlibat sebagai tanda penghargaan kerana telah menyertai dan menjayakan latihan yang dianjurkan.