![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SEPANG, 25 Mac 25 - Komander JAMCC Sepang, Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Yusof TUDM.telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Beg Raya dan Meraikan Petugas 1 Syawal, JAMCC Sepang kepada pegawai dan anggota TUDM yang bertugas di Hari Raya Aidilfitri.
Beliau turut diiringi oleh Pegawai Laksana JAMCC, Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM, Ketua-Ketua Cawangan, serta keseluruhan Pegawai dan anggota TUDM yang bertugas pada 1 Syawal bertempat di Bilik Mesyuarat, JAMCC Sepang. Di majlis tersebut Komander JAMCC telah menyampaikan beg hari raya. Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar.
Semoga dengan majlis penyerahan beg raya dan meraikan petugas 1 Syawal ini dapat meningkatkan semangat pegawai dan anggota JAMCC Sepang yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 ini.