![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 26 Mac 2025 - Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anggota serta simbolik Penyerahan Beg Raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada 1 Syawal.
Dalam majlis tersebut, Komander Pangkalan turut diiringi oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Chairil Ashraff bin Arshad TUDM. Komander Pangkalan telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada enam warga PU Subang yang terdiri daripada ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik. Selain itu, beg raya juga diserahkan kepada setiap Pegawai Memerintah Skuadron dan Cawangan sebagai simbolik penyerahan kepada petugas pangkalan yang akan bertugas pada 1 Syawal.
Diharapkan dengan majlis penyerahan beg raya kepada petugas 1 Syawal ini, akan memberi semangat dan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan anggota PU Subang yang bertugas sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.