MAJLIS BERBUKA PUASA WISMA BINTARA BERSAMA KOMANDER PANGKALAN

 IMG 2752 IMG 2759 IMG 2770
IMG 2800 IMG 2805 IMG 2810
IMG 2834 IMG 2849 IMG 2893
IMG 2897 IMG 2911 IMG 2915

 

KUANTAN, 25 Mac 25 – Wisma Bintara Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM yang diadakan di Wisma Bintara.

Ketibaan Komander Pangkalan dan isteri, Puan Zainab binti Abdullah telah disambut oleh President Mess Committee, PW U I Zaizul Azmi bin Othman serta barisan Ahli Jawatankuasa Wisma yang lain. Sementara menunggu azan Maghrib berkumandang, majlis disuburkan dengan tazkirah Ramadhan yang penuh hikmah dan keberkatan, disampaikan oleh PW I Osman Shahrudin bin Johari.

Majlis Berbuka Puasa dimulakan dengan menikmati kurma dan hidangan ringan, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh PW II Muhammad Husni bin Mohamed Nordin di Dewan Utama Wisma Bintara. Seusai solat, majlis diteruskan dengan jamuan utama berbuka puasa, di mana Komander Pangkalan bersama para hadirin menikmati hidangan berbuka dalam suasana yang mesra dan penuh keberkatan.

Selepas selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah diikuti solat sunat Tarawih yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan dan keinsafan. Suasana ibadah yang harmoni mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan hadirin, menambah keberkatan di bulan yang mulia ini. Sebagai penutup, majlis diakhiri dengan jamuan moreh, di mana para jemaah berpeluang menikmati hidangan ringan sambil beramah mesra dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer