MAJLIS PENUTUP BENGKEL SEMAKAN SEMULA MANUAL ISTIADAT & PROTOKOL TUDM

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 22 Nov 24 – Bengkel Semakan Semula Manual Istiadat & Protokol TUDM telah diadakan selama lima (5) hari dari 18 hingga 22 November 2024 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU). Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang Pegawai Waran dari Markas dan Pangkalan seluruh unit TUDM.

Fokus utama bengkel ini diadakan bagi menyemak serta mengemaskini semua Publikasi Udara yang berkaitan dengan istiadat dan protokol TUDM.

Selain itu, turut membincangkan penyelarasan dan penyatuan pelaksanaan arahan yang berkaitan dengan majlis serta acara istiadat serta protokol di unit-unit TUDM.

Majlis Penutup Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Istiadat TUDM, Leftenan Kolonel Mohd Azzuan bin Abd Wahab TUDM. Turut hadir adalah PS 2 MPSTU, Mej Norhaslinda bt Yahaya TUDM yang mewakili Pengarah MPSTU; PS 3 Perbarisan, Kapten Mohd Safiq Aizat bin Mat Ropi TUDM; Pegawai Waran TUDM, Pegawai Waran Udara I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar serta Pegawai Waran Istiadat TUDM, Pegawai Waran Udara I Mohd Rashidi bin Md Tahir.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer