SENDAYAN, 30 Sep 22 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), PU Sendayan telah melaksanakan Majlis Penutup Kursus Tali Tinggi Tahap 3 Siri 1/22. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR di Dewan Al-Fateh INSTAR.
Seramai 20 penuntut kursus yang terdiri daripada dua (2) Pegawai dan 18 Jurulatih Jasmani TUDM telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya yang bermula pada 25 hingga 30 Sep 22. Kursus ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM).
Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Hassan bin Maslan mewakili Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, Jurulatih-jurulatih Tali Tinggi Jemputan daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, pegawai-pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.
Tahniah diucapkan kepada semua pelatih kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.