TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (RPEL) KEPADA WARGA INSTAR

 MG 6395  MG 6333  MG 6326
 MG 6312  MG 6293  MG 6287

 

SENDAYAN, 3 Okt 22 - Pihak Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah hadir ke Pangkalan Udara Sendayan bagi menyampaikan Taklimat Pelaksanaan Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) kepada para pegawai, anggota dan penuntut kursus Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Taklimat yang berlangsung di Auditorium Rajawali ini telah disampaikan oleh wakil Bahagian Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT) PERHEBAT iaitu Pn Nora binti Othman (Ketua Seksyen PPT), Encik Mohd Zamri bin Abdullah (Pegawai PPT) dan Encik Norasfiszal bin Sabuan (Pembimbing PPT).

 MG 6286  MG 6409 20221003 091550
20221003 091537 20221003 091525 20221003 091459

 

Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga INSTAR berkaitan RPEL iaitu sebuah program penilaian kepada anggota dan warga ATM dengan mengiktiraf pengetahuan, pengalaman dan keterampilan semasa perkhidmatan sehingga peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Turut hadir ke sesi taklimat ini adalah YBhg Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM Pegawai Memerintah INSTAR, Mej Khairil Hakimin bin Ismail PS Pengiktirafan 1 Jabatan Arah Pendidikan Markas ATM, para pegawai dan jurulatih INSTAR.

Semoga warga INSTAR mendapat manfaat daripada taklimat yang telah dilaksanakan ini