![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 29 Sep 22 – Komandan Maktab Tentera Diraja, Brig Jen Dato’ Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM selaku Tred Master Kawal & Lapor telah menyempurnakan Majlis Penutup Dan Pemakaian Lencana Ketukangan bagi Kursus Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Siri 51/22 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Dan Menyelamat, INSPRA.
Ketibaan beliau disambut oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM. Kursus ini telah bermula pada 7 Jun 2022 dan berakhir pada 30 Sep 2022. Seramai 9 peserta berpangkat LU II telah menyertai kursus selama 16 minggu ini dengan jayanya. Dalam ini menyaksikan Anugerah Peserta Terbaik Praktikal dan Keseluruhan disandang oleh LU II Mohamad Firdaus bin Mejalan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit baru.