MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA, PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DAN MAJLIS PENUTUP KURSUS DI INSMAT

3 6 7
8 9 10

 

INSMAT, 8 Apr 21 – Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih, Nik Muhamad Faris bin Nordin TUDM.
Anggota yang dinaikkan pangkat adalah LU I Aiman bin Razali,LU I Muhammad Al Ridhwan bin Al Kamarul Arifin, LU I Norfatihah binti Hassan,dan LU I Bibi Nurasilah Syamim binti Ghazalitelah telah dinaikkan pangkat Laskar Udara Kanan. Sjn U Mohd Hafizi bin Yusop dan Kpl Mohd Hilmi bin Saffiee pula baru menerima cahaya mata, manakala Kpl U Norfadhilah binti Romzi pula menerima sumbangan kebajikan kerana baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Bagi majlis penutup Kursus Operator Prime Mover,Treler & Kren Siri 19/21 bagi Pelatih Akademik Terbaik disanjung oleh Kpl U Muhammad Yusrizal bin Abd Rahman manakala bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan dinobatkan kepada Kpl U Khairul Amri bin Keria.

Majlis berlangsung di Auditorium INSMAT dan disaksikan oleh pegawai-pegawai, staf-staf dan jurulatih INSMAT. Ketua Jurulatih mengucapkan tahniah dan telah memberi nasihat dan perangsang agar anggota terus meningkatkan pretasi kerja serta sentiasa menjaga disiplin bagi menjaga nama baik perkhidmatan.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer