KARNIVAL SUKAN MAWILUD 1

DSC 0430 DSC 0485 DSC 0507
DSC 0539 DSC 0555 DSC 0688

 

KUANTAN, 8 Apr 21 – Markas Wilayah Udara 1 telah mengadakan program Karnival Sukan MAWILUD 1 (KSM 1) bagi acara yang kedua iaitu larian ‘Road Relay’. Program karnival sukan ini dipertandingkan antara empat pasukan sukan yang terdiri daripada Airbus, EC 725, Hornet dan Sukhoi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan tahap kecergasan dan kesihatan pegawai dan anggota LLP berada di tahap yang terbaik. Melalui program ini juga, diharap dapat memupuk semangat berpasukan dan kekitaan di kalangan pegawai dan anggota MAWILUD 1 sejajar dengan nilai teras TUDM di samping mendorong warga MAWILUD 1 untuk berdaya saing secara sihat dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan silaturahim.