MAJLIS PERASMIAN BUMI HIJAU INSTAR

1 2
3 4

 

SENDAYAN – 9 Apr 21, Pegawai Laksana mewakili Komander Pangkalan Udara Sendayan Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM telah merasmikan Bumi Hijau di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Turut hadir Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Ketua Jurulatih INSTAR, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM, jurulatih dan semua staf INSTAR.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyahut seruan YBhg Panglima Tentera Udara yang telah menggalakkan program Bumi Hijau di setiap pangkalan dan unit-unit TUDM. Sehubungan itu, komponen tanaman adalah berkonsepkan ‘Kitchen Garden’ atau ‘Edible Lanscape’ dengan tanaman makanan yang bersesuaian dengan ruang sedia ada yang dipilih oleh pihak INSTAR dalam menjayakan program ini.

Pendekatan yang dilaksanakan diperingkat INSTAR adalah, penanaman pokok buah-buahan tempatan secara komuniti dimana penyertaannya melibatkan setiap kursus yang sedang dijalankan di INSTAR. Program ini jugak telah dimeriahkan lagi dengan penyertaan pegawai, jurulatih dan staf INSTAR. Antara jenis pokok buah-buahan yang ditanam adalah Pelam Lemak Manis, Rambutan Kuning, Durian Kampung IOI, Longan Mutiara, Rambutan Merah, Jambu Air Madu, Jambu Batu dan Ciku.

Antara penutut yang terlibat adalah daripada Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 2/21, Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas I Siri 71/21, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas I Siri 9/21, Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 9/21 dan Kurus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 9/21.