MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MAFEC

1jpeg 2 3
4 5 6


SENDAYAN, 15 Okt 21 – Pengerusi Ekuestrian ATM merangkap Presiden Pusat Ekuestrian ATM (MAFEC), Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota LLP MAFEC bertempat di Arena Ekuestrian, Pangkalan Udara Sendayan.

Majlis Pemakaian Pangkat pada hari ini telah diadakan bagi menyempurnakan kenaikan pangkat Kpl U Mohamad Suhaimy bin Sulaiman kepada pangkat P/Sjn U mulai 4 Okt 21. Keunikan majlis ini adalah pemakaian pangkat disempurnakan secara tradisi unit iaitu sambil menunggang kuda.

Ucapan tahniah dan syabas kepada P/Sjn U Mohamad Suhaimy bin Sulaiman di atas pemakaian pangkat. Semoga pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan TUDM khususnya dan ATM amnya menjadikan pembakar semangat untuk terus berkhidmat dan juga meneruskan kecemerlangan prestasi Pusat Ekuestrian ATM (MAFEC).

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer