KEPENTINGAN WARGA PU GONG KEDAK DALAM MEMBUDAYAKAN INTEGRITI KEHIDUPAN DAN ORGANISASI

DSC 5802 DSC 5809 DSC 5823
DSC 5824 DSC 5830 DSC 5864
DSC 5901 DSC 5945 DSC 5959
DSC 5963 DSC 5968 DSC 5972
DSC 5982 DSC 5983 DSC 5985

 

GONG KEDAK, 14 Okt 21 – Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama MTU-Perkhidmatan (Seksyen Integriti TUDM) telah melaksanakan Program Integriti yang melibatkan anggota PUGK. Program yang dilaksanakan di Dewan Puteri ini melibatkan Bahagian Unit Integriti KEMENTAH. Aktiviti ini merupakan sebahagian dari program smart partnership yang turut membantu dalam Pembangunan Pelan Antirasuah (PAR) TUDM dan Pelan Intervensi Pengukuhan Integriti (PIPI) melibatkan Markas, Pangkalan dan Unit TUDM.

Program ini melibatkan (3) tiga penceramah dari Unit Integriti KEMENTAH yang terdiri daripada Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Tatatertib; Datin Nur Diyana binti Muhammad Isror, Penolong Setiausaha Seksyen Pengurusan Aduan ;Puan Isnawati bin Basri dan Pegawai Siasatan Seksyen Pengesahan dan Pengesanan ;En. Mohamad Azhar bin Abang Mentaril.

Objektif utama dijalankan adalah memberi pendedahan bagi memperkasakan budaya berintegriti di kalangan warga TUDM dan meningkatkan pembudayaan integriti serta merealisasikan agenda integriti di peringkat pangkalan. Selain itu juga menambahbaik pengalaman tadbir urus yang baik, berintegriti dan bebas rasuah dalam kehidupan dan organisasi.

Dalam program tersebut juga, Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM berkesempatan untuk menyempurnakan Pemakaian Pangkat kepada Pegawai dan Anggota LLP yang terdiri daripada (1) satu pegawai dan (7) tujuh LLP. Turut hadir sama menjayakan program tersebut Pegawai Eksekutif, pegawai-pegawai dan anggota LLP Pangkalan Udara Gong Kedak.