MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KETUKANGAN, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS BASIC FIRE OFFICER (BFO) SIRI 11/22 DAN TRADE INSTRUCTOR COURSE – FIRE AND RESCUE (TIC – F&R) SIRI 6/23.

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 3 Mei 23 – Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Ketukangan, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Basic Fire Officer (BFO) Siri 11/22 dan Trade Instructor Course – Fire and Rescue (TIC – F&R) Siri 6/23 diiringi oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM yang bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA. Majlis turut dihadiri oleh Trade Master Bomba TUDM, Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad TUDM; Pegawai Memerintah 4 Komp Angkut KPD (Mek), Lt Kol Mohd Khidir bin Osman serta PS 2 BOMBA, MK PLTD, Mej Sihairizh bin Abd Reh Sedek.

Kursus Basic Fire Officer Siri 11/22 telah bermula pada 1 Okt 22 hingga 5 Mei 23 dan seramai tujuh (7) peserta kursus yang terdiri daripada tiga (3) pegawai dari Tentera Darat Malaysia, seorang pegawai dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan tiga (3) pegawai dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Peserta Terbaik Teori telah disandang oleh Kapt Muhamad Faiz Aizad bin Fauzi manakala Peserta Terbaik Amali dan Keseluruhan telah disandang oleh LtM Mohamad Alma Alif bin Anuti TUDM dan beliau juga telah menerima Sijil Penghargaan Komandan INSPRA di atas kejayaan menjadi Johan Penulisan Esei bagi Program Integriti yang dianjurkan oleh Pangkalan Udara Kuantan. Bagi Kursus Trade Intructor Course – Fire and Rescue (TIC – F&R) Siri 6/23 telah bermula pada 10 Apr 23 hingga 5 Mei 23 dan kesemua peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus dan semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing.