SUBANG, 2 Mei 2023 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf A5 Markas Pemerintahan Operasi Udara (AKS A5 MPOU) bertempat di Kelab Pegawai MPOU telah disaksikan oleh Ketua Staf, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM.
Dalam majlis ini menyaksikan Serah Terima Tugas AKS A5 di antara Kol Mohd Najib bin Saad @ Salleh TUDM dengan Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM sebagai AKS A5 yang baharu. Seluruh warga MPOU khususnya dan TUDM amnya mengucapkan terima kasih kepada Kol Mohd Najib bin Saad @ Salleh TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan AKS A5 MPOU.
Selamat menjalankan tugas dan tahniah kepada Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.