KUANTAN, 3 Mei 23 β Satu operasi penerbangan ihsan (πππππππ πΈπ£πππ’ππ‘πππ) bagi membawa seorang kanak-kanak yang telah disyaki strok haba dari Pulau Tioman ke perkarangan dispersal area Bangunan Pergerakan Udara sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Helikopter jenis EC 725AP telah diaturgerak bagi membawa pesakit, waris bersama dua pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Kuantan. Pesawat diterbangkan daripada Pangkalan Udara Kuantan dan tiba di Pulau Tioman pada pukul 10.05 malam.
Juruterbang pesawat, Mej Mohd Azrul bin Nordin TUDM bersama pembantu juruterbang, Kapt Ahmad Izwan Shafiq bin Suhaimi TUDM dan Aqm FSjn Mohd Zulhilmi bin Samad tiba dari Pulau Tioman pada 11.45 malam di perkarangan dispersal area Bangunan Pergerakan Udara sebelum disambut oleh pasukan perubatan HTAA serta pegawai dan anggota bertugas Pangkalan Udara Kuantan. Pesakit kemudian terus dikejarkan Ke HTAA untuk rawatan lanjut.