MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA IMAM/BILAL TARAWIH TAHUN 1443H/2022M PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0005 DSC 0006 DSC 0050
DSC 0074 DSC 0082

 

KUCHING, 26 Apr 22 – Komander Pangkalan Udara Kucing, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian sumbangan kepada Imam/Bilal Tarawih Tahun 1443H/2022M di Surau Al-Jahirah Pangkalan pada 25 Apr 22.

Seramai 11 orang Ahli BAKAT Pangkalan turut bersama dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran ini. Pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Lt Mohamad Hafizzullah bin Mohd Nasir, Pegawai Agama Pangkalan sebagai simbolik khatamnya Al-Quran yang melibatkan 60 pegawai, anggota dan ahli BAKAT Pangkalan.

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada peserta dan Ahli BAKAT Tadarus Al-Quran Peringkat Pangkalan Udara Kucing oleh YBhg Komander Pangkalan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer