ALOR SETAR, 29 Apr 22 - Pejabat Agama Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Qiamullail dan Kuliah Subuh Peringkat Kolej Tentera Udara bertempat di Surau Al-Iman Kolej Tentera Udara. Turut hadir Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM merangkap Penaung Surau Al-Iman Kolej Tentera Udara bersama Pegawai Laksana Kolej, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, merangkap Ydp Agama Surau Al Iman Kolej Tentera Udara.
Program Qiamullail dan Kuliah Subuh pada kali ni seramai 200 Staf dan Pelatih KTU serta 10 ahli BAKAT KTU hadir bagi menjayakan Program ini.
Majlis diakhiri dengan pengiktirafan 100 Hari Pemerintahan Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM. Semasa ucapan beliau turut mengingatkan agar semua anggota yang bertugas pada cuti Hari Raya dapat menjaga Keselamatan Kem dengan sebaik mungkin dan yang bercuti agar memandu dengan selamat. Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri 1443H.