![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 23 Mac 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Subang Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Ababil, PU Subang yang dihadiri seramai 685 ahli BAKAT. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, Komander Pangkalan yang turut dihadiri oleh semua Eksekutif Pangkalan.
Komander Pangkalan juga telah menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada semua Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi tahun 2024 sebagai penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan penglibatan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pada tahun 2024.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Haslin binti Ismail, Pengerusi BAKAT PU Subang dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi BAKAT dan diteruskan dengan agenda mesyuarat iaitu pembentangan kewangan semasa, aktiviti BAKAT bagi tahun 2024 dan perancangan aktiviti BAKAT bagi tahun 2025.
Mesyuarat pada kali ini turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah kepada ahli BAKAT yang hadir. Sebanyak 25 cabutan bertuah yang berupa Microwave Oven, Vacuum Cleaner, Melamine Party Serving, Pyrex Mixing Bowl, Pyrex Bakeware, Corella Drink Set, Rice Cooker dan Portable Cooking Pot.