CERAMAH AMBANG RAMADAN PERINGKAT PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6

 

GONG KEDAK, 27 Februari 2025 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan satu Program Ceramah Ambang Ramadan di peringkat pangkalan yang bertempat di Masjid Ar-Raudhah, PU Gong Kedak. Program ini turut dihadiri seramai 55 Pegawai dan 270 anggota LLP serta 25 penduduk setempat.

Program ceramah ini telah disampaikan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut iaitu Ustaz Kamarudin bin Mat Shahril yang membawa tajuk “Andainya Ramadan Ini Ramadan Terakhir“di adakan sebelum solat zohor.

Penceramah menyentuh kepentingan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keistimewaan dan keberkatan bagi umat Islam dan menasihatkan agar semua mengambil kesempatan untuk melipat gandakan setiap amal ibadah seperti solat, sedekah dan membaca Al-Quran di bulan ini. Penceramah Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan juga terdapat didalam bulan Ramadan.

Semoga dengan program seumpama ini berhasrat dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu kita menyedari bahawa bulan Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk meningkatkan amal ibadah, memperbaiki diri dan memperbanyak amal kebaikan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer